MAMA baru jer dapat tahu tentang contest kat Mom Bloggers Palnet ni. Selama hari ni tak tahu ada entry yang macam ni for MOMs and Babies. Masa tupun dah result untuk contest yang sebelum ni. Frust sanagt tak dapat joint :(...
Tapi untuk kali ni, MAMA tak akan lepaskan peluang. Just for fun. Tak menangpun tak apa.
Untuk Edhar, MAMA pilih soft toys yang MAMA rasa asas permainan yang lengkap untuk bayi sepertinya. Soft toy ni ada ring yang memudahkannya untuk memegang dan membuat pergerakan jari-jemarinya yang comel tu. Kat ekornya, kalau ditarik, akan ada vibrate. Edhar rasa seronok bila ekornya ditarik sebab boleh rasakan getaran. Kat lehernya ada loceng yang sesuai untuk pendengaran Edhar. Tapi part yang paling Edhar suka adalah kat kaki dan tangan yang mana kalau Edhar ramas akan bunyi plastik. Toy ni juga menjadi peneman tidur Edhar. Edhar akan gomol-gomol sampai dia tidur.
Theme kali ni memang kena sangat dengan Baby. Seperti yang kita tahu, bayi mula belajar sesuatu sejak dari dalam perut hinggalah di lahirkan. Pembelajaran tidak berhenti setakat itu saja, setiap hari, ada saja perkara baru yang mereka pelajari. Bahan pembelajaran yang paling sesuai untuk mereka ialah, TOYS. Pergerakan jari-jemari, cara memegang barang, ujian pendengaran, pergerakan mata, semuanya boleh kita uji dengan permainan yang sesuai mengikut usia bayi. Semua ini penting untuk perkembangan bayi dan secara tidak langsung sebagai ibu, kita menjadi nurse peribadi untuk bayi kita.
Baby MAMA ni namanya Gabriel Edhar Rizq Arish bin Haji Khairul Fazril dan dia baru berumur 8 bulan.
Organized by
Sponsored by
1 comment:
salam kenal...
amboi.. pjg nyer nama...
gud luck.. comel jer dgn toy garfield...
Post a Comment