Ngade-ngade sangat.........cubit kang... :)
Ezryn, anak dara yang makin hari, makin kuat nak melaram, makin cerewet. La ni dah pandai nak petik-petik suis lampu. Sebabnya...1 hari tu, Ezryn nak mandi...MAMA malas nak bangun, pasal ngantuk tahap gaban..( malam tak tudo babe )..So, MAMA cakap kat dia kalau nak buka lampu, panjat kerusi.. ( salah MAMA, pasal ajar perkara yang tak sepatutnya dia buat )..start tu yang dia naik syok buka tutup lampu...Habis 1 umah ni, dia buka lampu...yang kelakarnya, abangnya baru je kuar bilik air, dia soh tutup lampu, rupanya dia nak masuk bilik air tu, dia nak buka lampu sendiri..dah la memula tu dia yang tutupkan...kids..... always interested!! Tapi sejak-sejak dia dah tahu on and off lampu-lampu kat umah ni, MAMA beware je ler... marah gak kalau dah asyik nak main suis je..kang tak pasal-pasal kejung...
Trompet kat mulut tu, sekadar hiasan untuk tido je...tak adapun tak kisah. Beli untuk baby, baby tak mau, kakak yang lebih...
Oyin, my pretty princess memang banyak sangat tanya. MAMA memang malas nak layan. Yang rajin layan, babah. Macam-macam soalan yang ditanyanya. Yanag paling kelakar, ada 1 hari tu MAMA tanya kat dia. Masa tu iklan SEHATI BERDANSA...lebih kurang macam ni le dialognya..
MAMA : Oyin, kalau MAMA masuk SEHATI BERDANSA ni ok tak?
Oyin : MAMA nak masuk ngan sapa??
MAMA : Ngan babah ler....!!
Oyin : Ooooo...kalau nak masuk ni, kena suami isteri ye???
MAMA : Ha'ah la...
Oyin : Oooo...mesti ngan ISTERI PERTAMA ye...???
MAMA : ( Terkedu ngan pertanyaan yang diberikan ) .... :)
Kelas tak soalan dia??? Citer kat mak angkatnya..terbahak-bahak gelak. Malam tu MAMA citer kat babah depan dia, babah siap cakap soh senyap-senyap ( kengkonon ada bini lain ) piiirraahhhhlahhh babah....
Cian Oyin...babah ni jahat tau...
Last 3 weeks, MAMA bawa Adam dan Oyin gi casting berlakon. MAMA ni memang rajin ngan benda-benda cam ni...Sampai sana, kena hafal skrip. Adam punya senang sikit. Oyin agak susah sebab diapun baru belajar membaca dan agak panjang. Bila dah macam tu, dia tak mau. Jadi, Adam sorang ajelah yang di cast. Memula buat ikut skrip pertama. Kuar je dari bilik, dapat skrip yang kedua lak. Kali ni, touching dialognya. Adam kena cakap sambil tersedu-sedan. MAMA soh dia bayangkan macam mana bila dia kena marah ngan MAMA. Habis tu, kena panggil. After that, sementara tunggu babah, Mr. Director panggil MAMA dan dia cakap, dia suka sangat kat Adam dan rasa pelik nape Adam tak pernah berlakon. MAMApun cakap ler...pergi casting untuk berlakon, bukannya selalu. Adaler 3x termasuk yang ni..He said Adam was very talented. MAMA senyum je la...tak lama pastu, datang lak calon-calon yang lain..so, MAMA tak adalah harap apa2. Biasalah...ada orang yang lebih bagus...
2-3 lepas tu, masa tu OTW ke Wangsa Maju, nak dinner. Kat dalam kete..HP MAMA bunyi...
Production House : Akak ni MAMA Adam ye??
MAMA : Ye..
Production House : Saya ni Si Polan.. yang hari tu Akak datang bawak Adam casting...ingat tak??
MAMA : Ingat ( maunya tak ingat )..
Production House : Director saya suka Adam dan nak amik Adam berlakon.
MAMA : Oooo...ye...ke ( Alhamdulillah, dapat gak Adam )
Production House : Esok Akak datang kat tempat saya..
MAMA : Ok...
Tak sangka lak Adam boleh terpilih. Tercapai gak cita-cita dia nak berlakon. Semua seronok kat dalam kete. Babah dah jangka yang dia akan dapat, berlakon filem lagi!!. Selang 2 hari, babah gi jumpa Mr. Director. Adam di beri watak Supporting Actor. Kira watak yang akan meninggalkan kesan gak rr... Yang bestnya, Adam akan berlakon di samping, Adibah Noor...MAMA memang suka kat dia. Skrip dah dapat...next month Adam akan start latihan. Bulan 12 shooting 3 weeks. Kat Melaka.... Bayaran.....boleh la...untuk permulaan...Last week, gi casting lagi...tak tau la dapat ke tak..tapi under agency..Buat Adam..semoga berjaya....
Anak yang paling nakal....Geram MAMA ngan Adam...
Buat anak-anakku, MAMA akan cuba sedaya upaya MAMA untuk mencapai apa saja keinginan anak-anak MAMA. MAMA akan sentiasa sokong dan sokong dan sokong sampai bila-bila hingga akhir hayat MAMA. Tiada apa yang dapat mengembirakan MAMA dan babah, selain melihat kejayaan anak-anak MAMA. MAMA sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak MAMA. MAMA tau, anak-anak MAMA, anak-anak yang baik. Maafkan MAMA sekiranya sikap MAMA keterlaluan. Walau apapun, anak-anak MAMA adalah harta yang tiada nilainya..
4 comments:
Yeay utk Adam. Uihhh ... superstar! Nanti dah kaya, jangan lupa aunty ye! Hih hi ...
Insyaallah......harap-harap tak lupa MAMA gak....
wah.. hebat la adam ya... eemmm berlakon citer apa tu..
Tajuk kena rahsia dulu ...jangan marah ye aunty...nanti kalau confirm nak masuk panggung, baru boleh bagi tahu..
Post a Comment