VOTE for MARYAM EZRYNA

VOTE for MARYAM EZRYNA
hi....vote for my cutie pie...Maryam Ezryna Rizq Arisha. PLEASE CLICK A PICTURE ABOVE FOR VOTE. THANKS!

Pakej Perkahwinan

Pakej Perkahwinan
Latest from us. Please click pic for more info.

Deep Blue Lense copy-paste Contest

Salam...


Jom joint contest yang sangat2 senang...contest ni organize by mamaemma




Macam mana nak joint????

nampak tak badge kat atas tu?? copy and paste je kat blog kengkawan.. pas dah buat bagi tahu pihak penganjur via email crawler_os@yahoo.com, comment box, oggix, ym.

My Kids

Adamme in action

Sunday, August 30, 2009

Please Vote for Baby Edhar

Hai kawan-kawan, tolong MAMA vote for my baby. Senang je. Just klik kat gambar Baby Edhar kat sidebar sebelah. Pastu leave comment ngan no. ranking. Macam ni :
Vote rank:
1 = cute
5 = the most cutest
 
for example:
4 - sooo cute la the face :)
* 4 = the rate you give for the picture
*  sooo cute la the face :) = your comment for the picture

Tolong kawan-kawan semua. 


Aunty-aunty semua, tolong vote Edhar k :)

Thursday, August 27, 2009

Happy 9th Anniversary to Me and My Lovely Hubby



Genap dah 9 tahun MAMA kahwin ngan babah. Tapi lupa lak nak wish. Bukan apa, tak ingat tarikh. sejak-sejak dah dok umah ni asyik lupa tarikh jer..babah jangan cakap ler...orang lelaki ni kurang sensitif sikit bab-bab ni...baik masa bercinta ker...dah kahwin ker....payah nak cakap...tapi tak apa ler MAMA tak kisah. Cuma MAMA doakan agar kehidupan kami sekeluarga akan lebih diberkati oleh NYA. Anak???buat masa ni, rasanya nanti dulu kot. Tak boleh cakap yang last, nanti keluor lagi. Memang syok anak ramai tapi fening!!Fening!! MAMA tak bagi apa-apapun tak sempat nak membeli-belahpun. Lagipun susah ler nak kuar mana-mana sejak dah ramai anak dan tak kerja ni. Kalau dulu senang sikit nak ke mana-mana sebab ofis kat tengah-tengah town. Cakap jer...SOGO, KLCC, sampai!!! Kalau nak diimbas time-time kerja dulu, dapat gaji dah standy beli present untuk my lovely hubby. Bukan apa, takut terover bajet kang susah. Tapi tak apa sebagai gantinya MAMA just hantar email kat babah, tapi MAMA create yang paling cantik buat babah. MAMA dan babah ni, ada gak rasa malu-malu nak luah lebih-lebih. Zaman dah canggih ni, kita gunakan kemudahan yang diberikan ye tak! Kalau dulu, rajin dan kreatif handmade segalanyer...La ni tak dan lerrr....

Wednesday, August 26, 2009

RAYA!!! RAYA!!! RAYA!!! GIVEAWAY



Di sebabkan MAMA ni suka sangat joint contest-contest ni, kali nak joint Contest  RAYA!!! RAYA!!! RAYA!!! GIVEAWAY. Jadi kita tengok apa syarat-syaratnyer..

1. jadi my follower....silakan silakan
- Done

2. copy n paste banner di atas dekat side bar blog anda...hehehehe
- Done

3. link kan blog anak dara saya ni dalam blog list anda....
- Done

4. Pastu ceritakn ape saje moment waktu raya anda kepada saya....sedih ke, gembira ke, marah ke, ape2 la...pastu enclosekan sekeping gmbr ye...gmbr wkt raya...pastu bagi title untuk gmbr anda...contohnya riang ria di hari raya (macam tajuk cite kat tv la plak)

 
Ceria di Hari raya


- Kalau ikut, ada banyakkkk bangettt moment raya. Masa kecik ada, masa anak dara ada, dah jadi mak darapun ada gak..hheee..hheee..heee...Tapi yang untuk kali ni, MAMA nak story moment masa kecik la..Masa tu, MAMA sekolah rendah lagi..tiap kali raya, MAMA mesti bertiga iaitu MAMA, adik perempuan dan sedara. Kita orang ni kira femesler kat kawasan umah. Mummy MAMA ni memang pandai kerja-kerja orang pompuan ni. Memasak, menjahit, make-up, buat itu, buat ini serba-serbi feveret orang pompuan la..!! Tiap kali pagi raya, pagi-pagi MAMA akan ke rumah sedara dan ajak dia datang umah untuk di MAKEOVER oleh Mummy ( umah kitaorang selang sebuah jerr...). Dengan penuh skill, kitaorangpun telah di MAKEOVER oleh Mummy. Siap jer...rasa macam lawa sangat. Terus lepak kat luar. Ialah, orang lain mana ada macam kitaorang. Siap bereyeshadow kaler pelangi lagi...trend 80-an la katakan..jadi pagi-pagi lagi kitaorang dah keluar beraya ( sebenarnyer nak tayang MAKE-UP!!!)..Kalau orang puji tu, dah kira credit..Satu lagi yang MAMA tak boleh lupa, mesti nak tau baju apa yang dibeli oleh sedaraku. Ialah senang nak plan, nak pakai raya yang ke berapa. Biasaler kalau dah raya sebulan..tiap-tiap hari kitaorang gi beraya, selagi ada rumah, selagi tuler kitaorang tak akan surrender.
1 hari, cam biasa kitaorangpun bersiap-siap nak gi beraya. Tapi hari tu code dress kitaorang ada black sock ( kira cam panty hose ler )..Memang glemer giler sebab orang lain tak pakai...hheeee..hhee..heee. Complete ngan make-up sekali..Dari pagi sampai tengahari, tak settle lagi. Tengah-tengah jalan nak gi raya, ada ler 2 orang budak lelaki yang masa tu MAMA rasa memang kureng sangat-sangat. Macam mana MAMA tak cakap macam tu, ada ke patut dia orang panggil kitaorang "ORANG KAKI HITAM"!! Sepanjang-panjang jalan tu memang kena ejek. Tapi di sebabkan nak control cun..buat dek je ler... Perasaan masa tu memang ler malu...Tapi nak at cam mana. Kalau korang, korang nak buat apa??


Jadi, tak teringin ke nak joint?? Klik je  ler...tak segan-segan...


Hadiah boleh jenguk kat : http://risyaexpressions.blogspot.com/

FIRST PRIZE = Value dia RM50
SECOND PRIZE = Value RM30
THIRD PRIZE = Value RM20

CANDID -GIVEAWAY CONTEST

Contest ni dah lama MAMA letak link kat sidebar cuma tak ada lagi gambar yang sesuai. Memandangkan nak tunggu gambar yang sesuai ntah bila-bila nak ada,  so MAMA gunajer gambar apa yang ada. Tak menangpun tak apa. Saja nak memeriahkan acara dan meramaikan peserta. Gambar nipun kebetulan jumpa kat file babah. 

MAMA nak explain sikit pasal kejadian kat gambar ni. Babah ni sebenarnyer kuat bekerja. Kalau dah dapat mengadap komputer kat umah, memang sampai ke pagiler jawapnyer. Ialah kerja-kerja nak edit mengedit gambar ni bukannyer mudah. Pastu time-time giniler idea datang kalau nak create sesuatu. So, bila kat opis, jap-jap ter...zzzzzzzzzz ler...Jadi kejadian kat dalam gambar ni memang tak disengajakan. Dah tak mampu nak sengkang mata. Tak kisahler kat mana, janji boleh landing mata.


 
Jadi kalau ada sesapa yang nak join, klik kat sini tau.
 


 

Tuesday, August 25, 2009

Sahur.....

Jap lagi sahur. Babah dah janji nak gi beli fast food. Bebudakpun dah semangat nak bangun sahur lagi-lagi, Oyin. Oyin puasa bari 1 hari. Kira ok la kalau nak dibandingkan dengan MAMA. Memula tu babah plan nak makan Mc D. Pastu MAMA suggest suruh beli A&W. Sekali-sekala nak tukar selera. Lagipun dah lama tak makan. MAMA tak kisah sangat. Saja nak memeriahkan keadaan sahur dengan anak-anak. Selalunyer kalau sahur MAMA minum je. Tak lalu nak makan pagi-pagi. Lagipun time ni ler nak kurangkan lemak-lemak yang berlebih-lebihan kat dalam badan ni :(.... Babah tak bising tapi asyik perli dan faham-faham sendirile...Adam pulak nyaris-nyaris tak berbuka tadi dah pukul 5.30 mengadu HAUS! Kering-kering bibirnyer. Memang stok tak larat GABAN ler... Kesian tu memang ler kesian tapi nak buat macam mana?? MAMA suruh dia mandi bagi segar sikit tapi pesan jangan minum. MAMA TAK NAMPAK TAPI ALLAH NAMPAK!! Tak tahu ler dia minum ke tidak. Masa buka, siap cakap tak haus sangat. ialah dah minum, memang ler tak haus!!!

Monday, August 24, 2009

Dayang's Giveaway

MAMA jumpa ni kat blog mamber yang lain Dayang's Giveaway, so MAMA pun bukak ler dan ternyata sooooooooo cuutttttteee hasil kerjatangan yang dihasilkan oleh Dayang. Kalau ikutkan MAMA suka semua. Tapi di sebabkan Dayang suruh pilih satu je, terpaksaler MAMA pilih hairclip huuukk...hhukk..hhuuukkk :( 

 

Dan kat bawah ni MAMA nak tunjukkan hairclip yang MAMA suka.


MAMA ada 2 orang doter. Sudah tentu MAMA suka sangat kalau 2-2 anak MAMA tu kepalanyer sentiasa ada aksesori. Cutekan?? Dan MAMA memang suka kumpul aksesori untuk anak-anak MAMA. Dan MAMA adakan tempat khas untuk simpan. Kalau boleh dapat giveaway ni dari Dayang, bertambah lagiler koleksinyer...he...he...he. Dan raya ni bolehler melaram ngan hairclip yang ciut-miut ni..Nape MAMA sukakannyer, sebab hasil kerja tip-top! Nampak kemas jer.


Sesapa yang terbaca kat blog ni dan berminat nak beli atau nak joint Dayang's Giveaway ni, bolehler klik kat sini ada banyak pilihan hasil kerjatangan Dayang yang MAMA pasti kengkawan semua akan tak keruan bila menegoknyer. Tak caya cuba klik.

Cerita Kelakar Ezryn

Semalam, MAMA gi buka pose kat umah Wan. Kitaorang sampai dalam kol 7. Kira sedang elokler dengan waktu nak berbuka. Satu penyakit Ezryn, dia terlalu takut dengan Atuk. MAMA kadang-kadang pening dengan dia. Nak masukpun dia kena pikir banyak kali. Dari pintu masuk hingga ler nak duduk, dah macam kanggaroo, melekat jer... Nak makanpun dia susah. After berbuka, MAMA nak tolong Wan kemas-kemas. Nak memudahkannyer, MAMA ajak dia masuk bilik Mak Su. Memula tu dia keraskan badannyer takut nak lintas depan Atuk. Nak tak nak, MAMA kena dukung gak dia ni. Berat tu...dia bukannyer ringan. Kalau dah duduk dalam bilik tu, 1 hari 1 malapun tak apa. Betul tau. Dia pernah buat macam tu semata-mata takut terserempak ngan Atuk. Memang dah tak kuar-kuar dah. Siap tertidurler.. Dalam kol 10., MAMA ajak babah balik. Adam dan Oin dah tertidur. Payah kalau dia orang ni dah tertidur. Jenuh nak kejut. Memula MAMA settlekan Ezryn dulu. Nak tau macam mana dia nak elakkan dari Atuk nampak dia, dia pinjam spek besar Mak Su. Bila dia pakai kira separuh dari muka dia ler. MAMA pulak, kena dukung dia. Memang dia tak lepas spek tu dari muka dia. Bila dia kuar bilik, dia rasa seolah-olah Atuk tak akan nampak dia. Memang kelakar sangat-sangat. MAMA lupa nak amik gambar dia ngan spek tu. Semua orang kat dalam umah, gila-gila gelak punya. Sebelum ni, nak lintas dari bilik Mak Su nak masuk ke bilik Pak Lang. Mak Su pakaikan dia serkop hitam. Kuar-kuar je...terus dia tarik serkop tu tutup penuh mukanyer...SAFE rasanyer bila muka kat dalam serkop tu..MAMA ak tahu sampai bila Ezryn akan macam tu. Tapi yang Atuk pun 1, suka sangat bagi gigi palsu dan buat muka orang tua yang hodoh sangat tanpa gigi kat Ezryn. Takut ler dia. Petang tadi pulak masa gi pasar Ramadan, dia ikut orang lain yang dia sangka MAMA. Dia tak mau pandang kiri kanan bila orang panggil nama dia. Dia ingat orang yang panggil-panggil nama dia, nak usik dia, jadi dia bolayan jer ler...Terpaksa ler MAMA gi kat dia, tunjuk muka, baru dia terperasan.

Di Sini Kisah Coklatku Bermula

Contest lagi, contest lagi...macam biasa jom layannnnnnnn cerita MAMA.

Ini adalah kisah MAMA dan cokelat dengan orang yang paling rapat dengan MAMA, my lovely cousin, Roza. MAMA dan Roza memang sepupu yang boleh "cium molot" ler orang kata. Kitaorang ni selalu aje bersama, main bersama, makan bersama, tidurpun sama-sama pendek kata apa je ler...sama-sama. MAMA masih ingat masa tu, kitaorang sekolah rendah dan permainan paling feveret masa tu, lompat getah. Dah lumrah kanak-kanak memang suka sangaattttttt dengan cokelat. Satu petang kitaorang tengah main getah. Masa tu bukan MAMA dan Roza je, adik MAMA dan kengkawan yang lainpun ada. Tengah-tengah main, adik MAMA gi kedai jap beli cokelat. Masa tu di beli white cokelat. Biasaler kalau dah sorang beli, ramailer tukang "ngecak" nyer. Sorang-sorang gigit. Sampai turn Roza ada satu peristiwa yang mana sampai hari nipun, memang kitaorang tak akan lupa. Roza ni pulak masa tu gigi dia rongak dan jenis gigi yang hitam dan kurus-kurus giginyer. Sedang dia gigit cokelat tu, terjadiler peristiwa ni. Tetiba jer MAMA terperasan yang cokelat tu ada kaler merah. Bila merah + putih = PINK. Dah ler tu, ada pulak "GIGI" tertinggal kat situ.....rupa-rupanyer, giginyer memang nak tertanggal tunggu masa yang sesuai je. Sedang elok pulak cokelat tu putih warnanyer. Apa lagi, cokelat tu siap ada lelehan darah lagi. Ngeri dan kelakarpun ada. Ialah mana taknyer, sebab dia sorang, terpaksa ler MAMA lupakan kejap hasrat nak rasa cokelat tu. Tergelak-gelak pecah perut kitaorang masa tu. tapi yang bestnyer, la ni bila lepak citer-citer pasal masa kecik-kecik dulu, mesti kitaorang layannnn cokelat. Tu yang best tentang cokelat. Biar ngeri macam manapun, kalau tak ada cokelat sebagai pengkudap, cam tak syok lak life ni.
So, sesapa yang nak joint, sila baca kat bawah ni :
  • Anda wajib meletakkan http://coklathalal.com dan http://coklathalal.blogspot.com/ di bloglist anda
  • Sila upload banner pertandingan ini di sidebar anda dan link kan gambar itu ke link contest ini (http://sitisifir10.blogspot.com/2009/08/contest-di-sini-kisah-coklatku-bermula.html)
  • Contest ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu entry adalah untuk satu kategori sahaja. Jika anda teruja untuk masuk kedua-dua kategori sekali, sila letakkan dua link ke entry anda dalam kotak komen ini. Tajuk entry anda hendaklah - Di Sini Kisah Coklatku Bermula
  • Kategori pertama - anda dikehendaki meletakkan gambar seseorang yang berkaitan dengan anda dengan coklat. Tidak kisahlah gambar anda dan coklatkah, anak anda dengan coklatkah...pastikan yang di dalam gambar itu ada berkenaan (hubungan) dengan anda. Satu entry adalah untuk satu gambar, jika ada gambar yang berbeza, sila buat entry yang lain.
  • Kategori kedua - anda dikehendaki menceritakan kisah seseorang dengan coklat. Sebagai petunjuk, coklat bagaimanakah pilihan anda atau dia, apa peristiwa yang ada kena mengena dengan anda atau dia dan coklat dan lain-lain mengikut kreativiti.
  • Tarikh tamat pertandingan adalah pada 13 September 2009 jam 11.59 tghmalam. 
Hadiah-hadiah adalah seperti berikut :


Hadiah pertama :
Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate

Hadiah tempat kedua :
Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)

Hadiah adalah ditaja oleh  
 

 

Contest Kenangan Berpuasa Zaman Kanak2


Ini ada satu contest yang MAMA terjumpa masa tengah memblogging kat blog teman-teman yang lain. Menarik gak ni. MAMA ada banyak cerita kalau nak share pasal kenangan pose masa bebudak dulu. tapi MAMA akan carita yang paling best je ler...
Tapi sebelum tu kalau ada di antara korang-korang yang berminat nak joint, baca syarat-syarat dan boleh ler klik kat link tuan penganjur....
Ceritanyer gini.........

MAMA ni start pose yang betul-betul penuh memang lambat. Kalau nak ikut penuh ( tinggal 7 hari jeerrr - masalah kaum pompuan ) masa umur MAMA 13 tahun. ...(malu kat anak-anak. Umur 6 tahun dah start pose...hheeee...hhheee..hheee...). Masa MAMA sekolah rendah dulu, kalau posepun pasal nak dapatkan duit raya. MAMA masih ingat masa tu umur MAMA 9 tahun ( darjah 3A ), To'ki MAMA janji pada cucu-cucunyer yang barang sape berpuasa penuh, dia akan bagi duit raya RM30.00!!!!!!  Masa tu duit sebanyak tu, kira banyakkkkk bangeeetttt...MAMApun dengan penuh semangat ingin menyahut cabaran yang To'ki MAMA berikan. Dalam seminggu pertama pose tu memang OK ler....masuk jer minggu yang seterusnyerrr...jeng....jeng....jeng...Satu hari tu, waktu rehat, MAMA dengan muka selambanyer gi ler ke kantin ngan mamber-mamber. Sekolah petang + dengan panas teriknyer membuatkan MAMA rasa terlalu tercabar dan naik ler tanduk kat kepala. Dalam hati MAMA berkata-kata  "Ala, kalau akau minumpun, bukannyer To'ki nampakpun. Lagipun aku dok kat Selayang, To'ki kat Cheras, tak mungkin kantoi."dengan selambanyer MAMApun beliler air sirap yang sejuk dan memikat hati kalernyer...Gurlpp...gurlpp....gurllpp...ah hhh...sedapnyerrr....Masa tu port kat belakang kantin dan kat situ memang dekat dengan jalan... Tengah dok syok meneguk.....tetiba laluler sebuah moto yang mana penunggangnyer seperti pernah kulihat....jengg...jeng...jeng..."Adushhh!!! To'kilerrr!!!!! Ni mesti dia nak gi umah sedara kat Selayang nihh...." Masa tu memang cover line baikkk punyer dalam hati memang berharap yang To'ki tak perasan. Lepas 1 bala, kantoi lak ngan USTAZZZZ.. dialognyer macam ni
Ustaz : Hei, awak mari sini!!!
MAMA : ....dalam hati (Alamak, habisss)..ye Ustaz ( takut ni )
Ustaz : Awak ni orang Islam ke bukan???
MAMA : Islam Ustaz. (pedas tuhh... )  
Ustaz : Kalau awak orang Islam, nape awak tak pose??? Esok saya tak tengok awak tak pose. FAHAMM!!!! 
MAMA : Baik Ustaz... (lega jap ) 
1 Syawalpun menjelma......
macam biasa tiap-tiap tahun MAMA sekeluarga akan beraya ke rumah To'ki di Cheras. Dah puas makan-makan, borak-borak, snaping-snaping, tiba time nak balik. Cam biasaler acara bersalam-salaman...Memula salam To'ki
To'ki : Puase penuh ke??
MAMA : ( Dalam hati ...Adushh ) Penuh! ( dengan confident )
To'ki : Bukan Fieza ke yang To'ki nampak minum kat belakang kantin hari tu??
MAMA : ( Alamak.....ingatkan tak nampak)...eeerrr..maana ada..penuhler pose. To'ki salah orang ni.
To'ki : Ye ke?? To'ki ingat Fieza. Nampak macam Fieza.
MAMA : ( Bukan macam lagi, memang cucumu...hheee...hee..hhee.. ) Terima kasih To'ki....
dan akhirnyer RM30.00 menjadi milik MAMA hari tu...
Buat anak-anak MAMA dan para pembaca..jangan pose sebab nakkan habuan. Pose tu kan ke kewajipan. Akhir kata inilah antara memori yang MAMA tak akan lupakan tiap kali menjelang bulan RAMADAN.
Jadi pada sesapa yang nak joint, tengok ler apa yang boleh melayakkan anda untuk joint :


Contest ni akan bermula pada hari ini,
22 Ogos 2009 jam 9.00 pagi
dan akan berakhir pada
10 September 2009 jam 5.00 petang
(kesilapan tarikh di banner sila abaikan)
Keputusan akan diumumkan pada
14 September 2009 jam 9.00 pagi.

Syarat2nya ialah:



  • Menjadi FOLLOWER Mamamanja
     - Udah  
     

  • Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang
    -Udah

  • Upload gambar diatas sebagai BANNER DI SIDEBAR blog korang dan LINK kan ke ENTRY ini
    - Udah 

  • Nyatakan LINK blog Mamamanja kat entry korang
    - http://mamamanja79.blogspot.com/

Cara2nya pulak ialah:



  • Buat 1 entry tentang kenangan berpuasa korang yang paling menarik masa zaman kekecik dulu. X kira la... pertama kali berpuasa atau dah jenuh berpuasa, janji kenangan yang paling menarik masa zaman kekecik.



  • Bila dah siap, nyatakan LINK ENTRY korang kat ruangan komen entry ini supaya senang aku nak terjah.

     

Kad Raya untuk kengkawan ku...

Kepada kengkawan atau sesiapa saja yang tersinggah kat sini, amik ler kad raya ni dan letak ler kat blog masing-masing supaya nampak berseri.....dan juga terimaler Kad Raya yang tak seberapa ni untuk anda sebagai tanda bermulanyer talian silaturrahim kita. Sebenarnyer MAMA dapat idea bila tengok MAMA ANIS buat perkara yang sama untuk kengkawan. Lagipun MAMA nak raikan kemenangan Contest Baju Raya Sedondon dengan kengkawan semua.
Terimalah kad ini dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN daripada MAMA sekeluarga.....( birpun pose baru 3 ari...heee..hee..heee )

Friday, August 21, 2009

Slideshow Babah

Sekarang pukul 3.40 pagi. MAMA dan babah masih tak tidur lagi. Masih terngiang-ngiang kat telinga ni Oyin cakap sesuatu yang MAMApun tak sangka yang dia akan cakap. Alkisahnyer MAMA suruh anak-anak berpuasa. Siapa lagi kalau bukan Adamme dan Oyin. MAMA bagitau suruh bangun sahur. Pastu tu tau tak apa yang Oyin balas...." Macam mana nak bangun kalau MAMA asyik tidur lambat, pastu bangunpun lambat"....berdesuzz kat telinga ni..hee....hee..hhee.. MAMA memang selalu tidur lewat sampai kekadang tu bawa ke subuh dan seterusnyer sampai anak-anak ke sekolah dan ngaji. Kalau dah tertidur tu, ngan babah sekali lambat. Masalahnyer, kekadang tu babah tido awal. Bila lambat, MAMA juga yang kena. Tak aciler macam ni..

Malam ni tolong babah uploadkan gambar-gambar kerja-kerja dia kat fotopages. Makin hari, MAMA tengok gambar-gambar babah makin meletoppp!!! Babah ni punya cite-cite yang besar dan MAMA tau 1 hari nanti, babah akan kotakan apa yang dia cakap sebab babah ni bukan jenis yang mudah mengalah. Nak tau apa-apa cite-cite dia??? Dia nak jadi PHOTOGRAPHER paling top kat MALAYSIA.....amin....MAMA akan sentiasa doakan...ni MAMA ada uploadkan sekali gambar-gambarnyer kat sini.....layaaannn....zaassss.....



video


Macam mana???OK tak???? Cantik-cantikkan gambarnyerr....Sesapa nak buat slide macam tu, bolehler upah babah...promote...sikit...

Thursday, August 20, 2009

BABY in PINK Contest

Kali ni nak masuk contest :

BABY in PINK Contest !!

Sebenarnya nak masukkan my little princess, tapi dah terlebih umur pulak. MAMA pulak ingat umur 3 tahun boleh joint contest. Siap dah pose. Tapi tak apalah, sebagai menghargai usaha Ezryn, MAMA nak letak gak gambarnyer walaupun dia bukan salah seorang daripada peserta.


Peserta yang sebenarnya adalah jeng...jeng...jeng...


Nama baby : Gabriel Edhar Rizq Arish bin Haji Khairul Fazril
Umur : 8 bulan

Kepada sesapa yang nak joint, sila tengok term and conditions.


Terms and Conditions for this Contest :


1. Contest ini terbuka kpd semua BLOGGER.. Tempoh Contest adalah dari hari ini sehingga jam 5.00 ptg pada 22 August 2009..
- ok

2. Contestant diwajibkan menjadi FOLLOWER blog Sha a.k.a ibu Puteri serta ADD link blog ini dalam bloglist anda..
- done

3. Contestant diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog masing2.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini : http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html
- done

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat special entry tentang contest ini. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..
- done

5. Jantina baby tak kira boy or girl, yg penting gambar tersebut mestilah gambar anak anda berpakaian baju or seluar berwarna PINK. Anak anda mestilah yang dilahirkan dalam tahun 2007-2009 sahaja..
- ok

6. Dan jangan lupe utk jwb soalan ini :
a) Kenapa anak anda patut menang dlm contest ini??
- Sebab anak saya comel dan fotogenik rasanyer.....

b) Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini?? Just nak tahu ape yg anda tau..Extra marks k..
- Sebenarnya MAMApun masih baru jadi follower kat blog Sha. Tapi apa yang MAMA nampak kita ada persamaan, LOVE PINKKKKK COLOUR. So far apa yang MAMA tengok kat blog Sha ni, banyak cerita pasal your baby. I like it.

Contest ini adalah anjuran :

http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/


Kalau berminat nak joint, klik je kat sini :

http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html

Ibu Emir's August Contest

Ini adalah contest yang di anjurkan oleh :

IBU EMIR
www.IbuEmirShoppingCentre.blogspot.com


My husband deserved to get this perfume because, he is my lovely husband, very talented photographer and creative person yang pernah saya kenal, HANDSOME?? Off course tiada tandingannya di mata saya, pak lawak kat rumah expecially when he lepak-lepak with anak-anak and yang paling penting as a Ministry's photographer, off course dia mesti selalu kelihatan kemas dan berbau wangi dan segar all the time. And one more thing, saya tak berikan apa-apa as a present on his 31st birthday last week. I hope i can get this for him.





Hadiah untuk bakal pemenang :

Riang Ria Raya Contest

Ni lak kontes lain pulak. ak raya-raya ni kenalerr cari banyak-banyak kontes. Dapat hadiah yang sesuai untuk Raya, dah tak yah beli. Jimat....jimat... Kepada sesapa yang nak joint tu, buleh ler baca syarat-syarat yang tertera kat bawah ni. Sebelum tu, ni gambar MAMA..



Ini gambar anak MAMA yang no. 2. MAMA panggil Oyin je. Masa ni baru lepas dapat duit raya. Cuba tengok muka dia, happy je kan. Punya ler syok dapat banyak duit sampai tak boleh nak bangun. Agaknya berat sangat begnyer tu kot!!


Jadi sesapa yang nak joint tu, ni dah kali kedua bagitau ni, cepat-cepat ler.

Syarat-syarat yang perlu korang-korang ikut :

Sempena Bulan Puasa dan Raya bakal menjelang tiba nie
Yan berbesar hati nak buat kontes
tajuk kontesnya "Riang Ria Raya Contest"...
hehee..cam rancangan buat kuih raya lak
tapi ini bukan kontes buat kuih raya wokey!!!
senang je caranya...
upload gambar masa raya korang tahun2 lepas
citerlah masa tu tgh duk wat ape

Gambar yang menarik dan unik akan di pilih utk jd pemenang
ok tgk rules bawah nie...


SILA IKUT ARAHAN DIBAWAH:-

1. ADD BLOG Yanmie di bloglist anda dan sila follow blog wokey barulah entitle

2. Upload banner Contest kat Sidebar korang

3. Buat satu entry khas berkenaan Riang Ria Raya Contest

4. Hanya 1 gambar sahaja yg layak untuk dipertandingkan

5. Sila ambil gambar RIANG RIA RAYA korang dan buat Entry Khas di Blog korang menggunakan tajuk Riang Ria Raya Contest

6. Sekiranya dah siap, sila beritahu di ruangan komen ini sahaja, bersama link entry korang supaya senang nak buat spot cek...

7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg MENARIK dan UNIK

8. Kontes ini bermula dari hari nie 18.08.09 sehingga 01.09.09, tak nak buat lama2 coz 16hb dh duk dlm flight...hehehe

9.Hadiah utk pemenang adalah....seperti di bawah...

jeng...jeng....


Taarrrraaaaaaaaa...xyah rahsiah2...

Kuih batang buruk nie resepi tersendiri
takde cilok mana2...rasa sekali pasti nak lagi
korang takkan dpt rasa kuih batang buruk nie kat mana2
ada kat umah Yan aje..hehe
dah puas jugak selongkar almari en.google tp x jumpa pun resepi yg sama

Kuih Batang Buruk akan di letakkan dlm bekas mcm kat atas tu...


So tunggu apa lagi
Jom sertai kontes ini
Kuih Batang buruk Special menanti korang...hehehe
nak tahu rasanya, Ya Rabbi....mmg sedap giler tau
klu tak takdenya nak bg adiah nie..hehehe..*sila muntah*


PENGADILAN ADALAH SECARA CABUTAN BERTUAH
ANAK YAN AIMAN YANG AKAN MENCABUT NAMA PEMENANG
BUKTI CABUTAN AKAN DI KEMUKAKAN NANTI SEMASA TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG NANTI

"HAPPY FAMILY CONTEST"

Salamm....ni ada contest baru ni...nak joint. Dah selongkar CD-CD yang ada, rasanyer, gambar ni sesuai kot..... Sebelum tu nak bagi tau nama contest ni : "HAPPY FAMILY CONTEST"





SILA IKUT ARAHAN DIBAWAH:-

1. ADD BLOG iedaLUVsham D BLOGLIST KORANG

2. UPLOAD BANNER "HAPPY FAMILY CONTEST" KAT SIDEBAR.

3. BUAT ENTRY KHAS BERTAJUK "HAPPY FAMILY CONTEST".

4. UPLOAD HANYA 1 (SATU) GAMBAR YANG THE BEST YANG MENGGAMBARKAN KEGEMBIRAAN DLM KELUARGA ANDA! ;) BAGI YG BELUM BERKAHWIN, UPLOAD PIC BERSAMA2 FAMILY KORANG, NO BOIPREN2, NO GEFREN2, HEHEHH!! ;p

5.DALAM ENTRI TU PASTIKAN ANDA MENTION & LINK KE iedaLUVsham & HAPPY FAMILY CONTEST (no link back will be disqualified)

6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini SAHAJA =)

7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg MENARIK&UNIK ;)

8.Hadiah utk pemenang adalah....RAHSIA,wakakaka!!

9.JANGAN RISO..TAKDE VOTE2 PUNYER,AKU TAKKAN SUSAHKAN KORANG, HEHEHE!!!.

10. OK, CONTEST BERMULA 11 OGOS - 12 SEPTEMBER 2009

KEPUTUSAN AKAN DUMUMKAN PADA 14 SEPTEMBER



Pertandingan ini adalah anjuran : http://iedaluvsham.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

MOBS & Comfybebe MOST LOVING SIBLING contest




Kenapa gambar ini dipilih?? Kerana the both of them are so cute in this picture and we can see how much my little daughter love her little brother. So touching.



Little Princess : Maryam Ezryna Rizq Arisha ( 3 years old )


Little Prince : Gabriel Edhar Rizq Arish ( 8 months )




Pertandingan ini adalah anjuran :






Jadi kepada sesiapa yang berminat nak joint, sila klin link kat sidebar.





Hadiah-hadiah untuk bakal-bakal pemenang :

Saturday, August 15, 2009

Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sahabat-sahabat dan para blogger sekalian. Sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009, terbuka rasanya ingin berkongsi cerita dengan anda semua.

Sewaktu kelahiran bayi saya yang pertama, saya begitu teruja dan tidak sabar rasanya untuk menyusukannya. Bermula dengan hisapan yang pertama, saya dapat rasakan satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan selama ini dan perasaan ini terlalu mendalam. Rasa kasih, sayang, cinta, pilu, sedih, bercampur-baur. Setiap kali saya menyusukan bayi saya, sentuhan dan renungan kami adalah perkara yang tidak dapat saya lupakan. Tetapi sayangnya bagi anak pertama hingga ke tiga, saya hanya dapat menyusukan hingga mereka berumur 5-6 bulan sahaja kerana tuntutan kerja. Tetapi untuk mengubat rasa yang sedikit kecewa, bayi saya yang bongsu saya menyusukan hingga kini ( 8 bulan ) dan mungkin sehingga umurnya 2 tahun, Insyaallah. Ini adalah kerana saya adalah mama sepenuh masa di rumah. Bayi saya terlalu aktif hasil penyusuan yang ekslusif dan yang paling seronok, setiap kali dia bermain, dia pasti akan mencari saya untuk mendapatkan bekalannya dan cara dia menyusupun adalah dengan cara tersendiri dan gelagatnya itu mencuit hati saya. Hubungan saya dan bayi saya adalah terlalu rapat hingga di tinggalkan sekejappun, dia pasti akan menangis mencari saya. Suami sayapun dengan bangganya akan memberitahu kepada rakannya yang bayi kami, 100% SUSU IBU. Salah satu cara dia mempromosikan SUSU IBU!

Baby Edhar

S - Susu ibu adalah makanan yang paling sempurna dan lengkap untuk semua bayi di dunia ini.

U - Usah risau segala nutrien ada di dalam susu ibu.

S - Sebagai pengerat kasih sayang antara bayi dan ibu.

U - Untuk ibu meluahkan rasa cinta pada bayinya.


I - Imunisasi untuk tubuh bayi, terdapat di dalam susu ibu.

B - Badan yang sihat dapat menghindarkan bayi dari penyakit yang mudah berjangkit.

U - Untuk bakal-bakal ibu, penyusuan yang ekslusif bermula di mana saja.



Antara promosi saya tentang penyusuan susu ibu. Sememangnya susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang kerana ini akan merangsang pengeluaran air susu dengan lebih banyak.


Kepada blogger-blogger yang nak joint, boleh klik di sidebar sebelah dan di bawah ini adalah terma dan syarat peraduan berserta penaja-penaja hadiah.

Terma dan syarat peraduan:

  1. Terbuka kepada semua penulis blog.
  2. Buat 1 entri di blog anda untuk mempromosikan Penyusuan Susu Ibu dengan cara paling menarik dan kreatif.
  3. Entri boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.
  4. Copy & paste logo peraduan ini di permulaan entri anda.
  5. Linkkan logo itu kepada entri ini.
  6. Masukkan blog Mom’s Choice dalam blog list anda.
  7. Tinggalkan komen di sini dengan menyertakan link terus ke entri anda yang menyertai peraduan ini.
  8. Peraduan bermula 1 OGOS dan berakhir pada 22 OGOS 2009.
  9. Pemilihan pemenang akan diadili oleh para hakim yang dilantik oleh Mom’s Choice.
  10. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

SERTAI SEKARANG

“HAPPY WORLD BREASTFEEDING WEEK 2009″

Penaja hadiah:

penaja

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"



Ada contest untuk baby lagi. Syoknyer. MAMA memang suka joint contest macam ni. Sama ler macam mama-mama yang lain. Anak satu anugerah. Setiap anak ada keitimewaan dan "kecomelan"tersendiri. Ni dia contest yang di maksudkan...jeng...jeng...jeng...

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"



HADIAH??
hadiah berupa...
1st Prize: 1 printed tshirt(ur bb pic on it) +1 magnetic + 1 keychain + 1Mag baby poster
2nd Prize: 1 Magnetic+ 1 Mag baby Poster+1 keychain
3rd Prize:1 keychain & Mag baby Poster
Mystery gift for number: 9 & 19

syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara
- Dah jadi follower..

2. sila add banner di atas pada sidebar..
- Dah buat gak..

3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu pictu re baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..
- Siap!!

4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gam bar ba by comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilih an juri
- Kat gambar..

5 sila nyatakan bila gambar diambil.
- Dah....

6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...
-OKK..

*A.L.E.R.T*
semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....
newborn ------------------------> 3 thn
for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat men ghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..

contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09




Nama Baby : Maryam Ezryna Riza Arisha binti Haji Khairul Fazril
Umur : 3 tahun

Tarikh gambar di ambil : July 2009





Nama Baby : Gabriel Edhar Rizq Arish bin Haji Khairul Fazril
Umur : 8 Bulan

Tarikh gambar di ambil : July 2009



Ini lak gambar MAMA dengan anak-anak yang comel-comel. Sorry MAMA tak cun lah hari tu. Ini jer gambar yang ada...


Babah ngan Baby Edhar.

Tuesday, August 11, 2009

GERAMMM!!!

Salamm....semuanyer...dah 2-3 hari ni internet tak boleh buka pulak.....tension!!!!! Wayar putus..boring-boring....Malam tadi ikut babah gi lepak kat hotel. Sebenarnyer dah seminggu lebih ada course kat tempat kerja babah. Tiap kali ada course, babah akan dapat 1 bilik tapi tak pernah tidurpun pasal rumah dekat, so MAMA memang tak galakkan dia tidur kat hotel. Jadi tiap kali ada course, MAMA dan anak-anak, akan lepak kat hotel untuk 1-2 hari. Saja bawak anak-anak. Alang-alang  tak boleh nak berinternet kat umah, ikut je ler..Hari ni MAMA memang hot betul ngan Adamme. MAMA punyaler sayang perfume yang babah belikan, tahan 2 tahun. Tup-tup MAMA turn kejap jerr...lubang hidung dah terbau perfume. Sah, ada orang dah guna perfume MAMA. Tengok botol, dah tak nampak perfumenyer..jadi perang dunia ke 3 ler...MAMA memang tak suka orang sentuh barang-barang MAMA. Tapi Adamme ni jenis perangai yang susah nak dengar cakap. Tu yang buat MAMA hilang sabar dengan perangai dia. Terus MAMA buang perfume tu...GEERRRaammmm sangat!!!!!

Friday, August 7, 2009

OSB GIVE-AWAY CONTEST


Tengah dok jengah blog-blog yang lain, terjumpa lak contest ni. Rupanya banyak conterst yang dianjurkan oleh blogger-blogger. Mungkin 1 hari nanti, MAMA pula nak anjurkan contest. Ramai-ramai join ye..

Berkenaan dengan contest ni, sesiapa yang nak try boleh klik kat link yang terdapat kat sini ye.

1. Copy paste picture di atas , kat sidebar blog masing2 dan link back ke Http://onlineshoppingblogs.blogspot.com

anda juga mestilah menjadi follower Onlineshoppingblogs (sila klik 'follower' kat sebelah kiri sidebar OSB)
2. Anda hendaklah buat satu entri kat blog anda berkenaan contest ni, dan anda dikehendaki melengkapkan slogan berikut,
"SAYA MEMILIH LAMPIN KAIN MODEN KERANA MENJIMATKAN, MUDAH DIKERINGKAN, BAYI SELESA, WARNA YANG MENARIK, TIADA MASALAH KULIT DAN SENANG DIBAWA KEMANA-MANA."
(tidak melebihi 15 patah perkataan)

~~~Slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang~~~
. 3. Tinggalkan komen anda di sini dengan menyatakan nama, e-mail dan juga jangan lupa tinggalkan link anda sendiri kat sini.

4. Tempoh penyertaan adalah sehingga 14 ogos 2009 ( keputusan akan diumumkan pada 17 ogos 2009 )


4 orang pemenang bertuah akan dipilih! ....Ermmm mudah saja kannn,....

Nak tau hadiahnyer?..................ehmmmmmmmm tgk bawah ni yea:-




1. Tempat pertama Lampin Moden Brand Babyland beserta dengan dua insert






2. Tempat kedua Lampin Moden Brand Babyland beserta satu insert









3. Tempat Ketiga-Baby Romper








4. Hadiah Saguhati - Baby Booties

~~~~SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN SUMER!!~~~~

CONTEST BAJU RAYA SEDONDON

Kali ni nak join CONTEST BAJU RAYA SEDONDON anjuran Iburikazz. MAMA sekeluarga sememangnyer setiap tahun akan sedondon. Kalau pergi beraya kat rumah saudara-mara, orang dah tahu kami sekeluarga akan memakai kaler yang sama. Dan untuk contest ni juga ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi ( kalau nak menang hheeee...heee..hee).

Anjuran :

1.Jadilah follower iburikazz dan add iburikazz di bloglist anda.
- Dah follow dan dah add di bloglist

2.Buat satu entry tentang CONTEST BAJU RAYA SEDONDON dan buat link ke entry ini.
- sesiapa yang nak join, boleh lah klik kat sini
3. Upload lah Gambar anda dan pasangan berbaju sedondon
- Sudah di upload

4. Nyatakan nama anda dan pasangan, tahun aidilfitri anda bergambar sedondon tu dan tema baju raya tahun ini.
- Dah letak kat gambar dan rasanya tema tahun ni, warna coklat kulit kayu. Sebab hubby awal-awal lagi dah tempah. Kain dah 2 tahun beli. jadi kena follow warna tu ler..!

5. Tinggalkan link anda di sini.ok?
- Confirm tinggalkan.

6.Sila tinggalkan sekurang2nya satu komen di mana mana entry yang anda baca selain entry contest ni...Buat syarat..
- Dah buat gak.


Tahun Raya : 2008 ( tengah pregnant )
Warna Tema : Gold
Nama Isteri : Shafizah binti Mohamad Shariff
Nama Suami : Haji Khairul Fazril bin Haji Abdul Wahab


Masa ni memang tak ada gambar berdua sebab dah tak sempat.
Gambar memang lain sikit. Hubby suka edit mengedit ni.



Tahun Raya : 2007
Warna Tema : Coklat
Nama Isteri : Shafizah binti Mohamad Shariff
Nama Suami : Haji Khairul Fazril bin Haji Abdul Wahab




Masa ni baju anak beli malam raya. Budak-budak tak banyak cerita.
Janji ada baju baru di pagi raya.


Tahun 2007 ada ler gambar berdua. Itupun anak-anak dah bising nak jalan.