VOTE for MARYAM EZRYNA

VOTE for MARYAM EZRYNA
hi....vote for my cutie pie...Maryam Ezryna Rizq Arisha. PLEASE CLICK A PICTURE ABOVE FOR VOTE. THANKS!

Pakej Perkahwinan

Pakej Perkahwinan
Latest from us. Please click pic for more info.

Deep Blue Lense copy-paste Contest

Salam...


Jom joint contest yang sangat2 senang...contest ni organize by mamaemma




Macam mana nak joint????

nampak tak badge kat atas tu?? copy and paste je kat blog kengkawan.. pas dah buat bagi tahu pihak penganjur via email crawler_os@yahoo.com, comment box, oggix, ym.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Kids

Adamme in action

Thursday, August 6, 2009

Anak-anak MAMA - Edhar


Nama : Gabriel Edhar Riza Arish bin Haji Khairul Fazril
Nama Panggilan : Edhar
Umur : 8 bulan
Tarikh Lahir : 7 Disember 2008
Tempat Lahir : Hospital Selayang

Tentang Edhar :

Edhar masih baby dan apa yang boleh MAMA katakan tentang Edhar adalah perkembangan sehari-harian Edhar. Tapi yang MAMA tak boleh lupa, waktu nak melahirkan Edhar. Memang terlalu adventure sesangat. 6.12.2008 lebih kurang 1 pagi, MAMA dah mula rasa kontraksi. Dalam hati, rasa macam nak melahirkan. Tapi due middle of Disember. Cakap kat babah, babah suruh tunggu dulu. 6.30 pagi, MAMA nak buang air. Tiba-tiba air ketuban pecah. Pagi-pagi tu jugak dalam pukul 7, babah hantar Adamme, Audrene dan Ezryn ke rumah Opah. Rumah Opah tak jauh. Jalan kaki jer. Transport pulak tak ada. Yang ada cuma motor jer. MAMA nak naik teksi. Tapi Babah tak kasi. Dia takut tengah-tengah tunggu kang, terkeluar lak. Gembel naik motor. Sampai kat Bangsar Palm Station, turun jap. Isi minyak. Turun motor jer.....busshhh, air keluar. 20 minit kemudian, sampai Hospital Selayang. 10 pagi, kena tahan wad. Makin kuat rasa sakitnyer. Sampaikan nurse ingat MAMA minum air selusuh. Anak-anak yang lain memang MAMA minum. Tapi edhar, MAMA eksperimen tak minum. MAMA tanya nurse kenapa kebanyakan tanya MAMA minum atau tak. Tak boleh minum ker?? Nurse cakap, biasanyer kalau dah terbuka 1 atau 2 cm, baru minum. Kalau tak terbuka lagi, jangan minum nanti rasa sakit lama, pintu tak terbuka. Ooooo...patutler masa anak-anak yang lain, MAMA rasa sakit sangat, tapi pintu tak buka. Rasa sakit nak lahirkan Edhar terlalu kuat hingga nurse terpaksa bagi ubat untuk kurangkan rasa sakit. Terbalik dengan anak-anak yang lain. 12++ tenghari, lahirlah Edhar. Edhar satu-satunyer anak MAMA yang fully breastfeed sampai sekarang. Yang lain paling lama pun 5 bulan. Sebab dulu kerja. Sekarang MAMA kat rumah jer. Sebab tu kalau nak ke mana-mana, MAMA susah nak tinggal Edhar. Pernah sekali tu MAMA ada wedding job. Pukul 1 pagi baru balik, Edhar menangis dari lepas maghrib sampai MAMA buka pintu rumah Opah. Pening kepala Opah. Marah-marah opah sebab dah tak tahu nak buat. Nak buat macam mana...

No comments: