Sejak 3 tahun yang lalu ( sejak-sejak berhenti kerja).. rutin kerja dah bertukar. Kalau dulu bangun pagi, nak kena fikir pakai baju apa, kena fikir office, muka-muka yang membosankan, kalau dah lambat sampai, kena menjawab lagi, hitung jam bila waktu balik, bila dah terkenang anak...mulalah fikir nak balik cepat dan macam-macam ler...BOSAN!!! Memang bosan masa tu... tapi memang dah ditakdirkan masa tu keluar MSS, memang tak lepas peluang. After delivered my third doter..2 weeks jerr kerja, pastu cau..cin..cau..!!!
Memang best bila dah tak terikat ngan kerja...FREEDOM sesangat. Bangun jer, uruskan anak...( Adamme (8 yrs), Audrene (6yrs), Ezryn (3yrs) dan Edhar (8 months) )rungsing ngan anak tak apa lagi, daripada rungsing ngan beban kat ofis??..Penat memang ler penat. Tapi PUAS. Anak membesar depan mata, bergaduh ngan anak, siapkan keperluan anak dan apa saja yang berkaitan ngan anak. Sejak Adamme dan Audrene dah bersekolah, lagi sibuk. Pagi-pagi kena kejutkan both of them. Kalau senang nak bangun tak apa. Liat sesangat. Tapi kalau ada program lain, 5 PAGI dah bangun. Baju-baju seragam, biasanyer malam gosok, tapi kalau dah penat sangat, pagi-pagi tu ler nak siapkan semuanyer...
8 pagi...semua orang tak ada. Tinggal MAMA, Ezryn dan baby Edhar. Ezryn bangun memang lewat sangat sebab dia tidurpun lewat. Edhar, pagi-pagi dah bangun nak susu MAMA! Pastu, siap-siapkan segala keperluan Adamme untuk ke sekolah. Adamme jenis yang susah nak berdikari. Apa saja semua harap MAMA yang buat. Hari-hari bising kat dia. Tapi itulahkan...namapun MAMA, IBU, MAK, MUMMY, AMA, macam mana marahpun, tetap buatkan. Ialah, takkan nak tengok dia ke sekolah dengan keperluan yang tak lengkap. Pencilpun MAMA yang asahkan!!
Dah selesai Adamme ke sekolah, Audrene akan balik. Dalam pukul 2 petang, pergi ngaji pulak. Masa tu, time MAMA layan segala citer yang ada. Ezrynpun layan. Baby Edhar, ikut mood. Tapi selalunyer mood dia zzzzzzzz...........4.30, Audrene balik....MAMA baring lagi, layan citer lagi...kadang-kadang layan internet. Ialah...buat business kat rumah, jadi kenalah selalu dok kat depan komputer. Biasanyer pukul 7 semua dah ada kat rumah. Jadi selepas makan malam, expecially bila nak exam, MAMA akan pastikan Adamme belajar. MAMA memang tegas dan garang tang belajar ni. Babah, rileks. Tapi kalau dah naik angin, habis..Adamme memang akan merungut dan melawan dan memberontak bila suruh belajar sebab ganggu aktiviti dia nak tengok TV malam-malam.
MAMA memang garang. Kadang-kadang garang tu bukan apa...tension dengan anak-anak yang tak mendengar kata..Tapi garang-garang MAMA, anak-anak tetap VOTE for MAMA dari Babah ( jangan marah Babah )..walaupun MAMA garang, tapi tak adalah tahan anak-anak dari nak tengok TV ke, main games ke, main kat playground ke, atau apa saja yang dia orang nak buat. Tapi berpada-pada. Ok ler..coretan rutin MAMA ni...
Welcoming My 3rd Baby...
-
Alhamdullilah syukur ....
x tergambar dgn kata2 bila i dpt tahu i'm expecting a girl....;)!
Bila dah ada 2 boy, tipu lah kalau i cakap hati x meronta2 nk ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment