VOTE for MARYAM EZRYNA

VOTE for MARYAM EZRYNA
hi....vote for my cutie pie...Maryam Ezryna Rizq Arisha. PLEASE CLICK A PICTURE ABOVE FOR VOTE. THANKS!

Pakej Perkahwinan

Pakej Perkahwinan
Latest from us. Please click pic for more info.

Deep Blue Lense copy-paste Contest

Salam...


Jom joint contest yang sangat2 senang...contest ni organize by mamaemma




Macam mana nak joint????

nampak tak badge kat atas tu?? copy and paste je kat blog kengkawan.. pas dah buat bagi tahu pihak penganjur via email crawler_os@yahoo.com, comment box, oggix, ym.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Kids

Adamme in action

Saturday, August 15, 2009

Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sahabat-sahabat dan para blogger sekalian. Sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009, terbuka rasanya ingin berkongsi cerita dengan anda semua.

Sewaktu kelahiran bayi saya yang pertama, saya begitu teruja dan tidak sabar rasanya untuk menyusukannya. Bermula dengan hisapan yang pertama, saya dapat rasakan satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan selama ini dan perasaan ini terlalu mendalam. Rasa kasih, sayang, cinta, pilu, sedih, bercampur-baur. Setiap kali saya menyusukan bayi saya, sentuhan dan renungan kami adalah perkara yang tidak dapat saya lupakan. Tetapi sayangnya bagi anak pertama hingga ke tiga, saya hanya dapat menyusukan hingga mereka berumur 5-6 bulan sahaja kerana tuntutan kerja. Tetapi untuk mengubat rasa yang sedikit kecewa, bayi saya yang bongsu saya menyusukan hingga kini ( 8 bulan ) dan mungkin sehingga umurnya 2 tahun, Insyaallah. Ini adalah kerana saya adalah mama sepenuh masa di rumah. Bayi saya terlalu aktif hasil penyusuan yang ekslusif dan yang paling seronok, setiap kali dia bermain, dia pasti akan mencari saya untuk mendapatkan bekalannya dan cara dia menyusupun adalah dengan cara tersendiri dan gelagatnya itu mencuit hati saya. Hubungan saya dan bayi saya adalah terlalu rapat hingga di tinggalkan sekejappun, dia pasti akan menangis mencari saya. Suami sayapun dengan bangganya akan memberitahu kepada rakannya yang bayi kami, 100% SUSU IBU. Salah satu cara dia mempromosikan SUSU IBU!

Baby Edhar

S - Susu ibu adalah makanan yang paling sempurna dan lengkap untuk semua bayi di dunia ini.

U - Usah risau segala nutrien ada di dalam susu ibu.

S - Sebagai pengerat kasih sayang antara bayi dan ibu.

U - Untuk ibu meluahkan rasa cinta pada bayinya.


I - Imunisasi untuk tubuh bayi, terdapat di dalam susu ibu.

B - Badan yang sihat dapat menghindarkan bayi dari penyakit yang mudah berjangkit.

U - Untuk bakal-bakal ibu, penyusuan yang ekslusif bermula di mana saja.



Antara promosi saya tentang penyusuan susu ibu. Sememangnya susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang kerana ini akan merangsang pengeluaran air susu dengan lebih banyak.


Kepada blogger-blogger yang nak joint, boleh klik di sidebar sebelah dan di bawah ini adalah terma dan syarat peraduan berserta penaja-penaja hadiah.

Terma dan syarat peraduan:

  1. Terbuka kepada semua penulis blog.
  2. Buat 1 entri di blog anda untuk mempromosikan Penyusuan Susu Ibu dengan cara paling menarik dan kreatif.
  3. Entri boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.
  4. Copy & paste logo peraduan ini di permulaan entri anda.
  5. Linkkan logo itu kepada entri ini.
  6. Masukkan blog Mom’s Choice dalam blog list anda.
  7. Tinggalkan komen di sini dengan menyertakan link terus ke entri anda yang menyertai peraduan ini.
  8. Peraduan bermula 1 OGOS dan berakhir pada 22 OGOS 2009.
  9. Pemilihan pemenang akan diadili oleh para hakim yang dilantik oleh Mom’s Choice.
  10. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

SERTAI SEKARANG

“HAPPY WORLD BREASTFEEDING WEEK 2009″

Penaja hadiah:

penaja

4 comments:

v said...

Banyak sangat ler kontes utk baby dan mama baby. Tak derk ke kontes utk mama tua cam haku ni ...

Unknown said...

Salam kenal..wish u all the best...

Meh order ikan pekasam RM28 utk 5 bungkus + postage..murah dan sedap.. Email Miela.77@gmail.com

dan Antivirus H1N1 disini http://miela77.blogspot.com/2009/08/bio-herbal-anti-virus-sesuai-utk.html

Anonymous said...

gud luck yer... WAHM...

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

salam..
gud luck utk contest nie..sesamer lar kite m'jadi BF-ibu yg b'jaya..bestnyer duk umh..leh tgk ank m'besar dpn mata..

BF-ibu rawksss!!